Chang Jia Qing

Chang Jia Qing
Unit: S9
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Sony Nex-F3
Powered by Blogger.

Sejarah Fotografi

 "Timeline" Fotografi 

Berikut merupakan ilustrasi tentang sejarah fotografi dari The Spruce.

Kamera yang Pertama
Pada tahun 1021, seorang saintis dari Iraq telah mencipta sebuah kamera yang dinamakan "Camera Obscura". Namun, kamera ini belum lagi dapat mengambil dan merekodkan gambar foto. Fungsi utama "Camera Obscura" ialah menujukan imej kepada sebuah permukaan secara terbalik, imej tersebut akan dilukis secara tepat mengikut paparan permukaan.


Gambar Foto Kekal yang Pertama
Pada tahun 1830, Joseph Nicéphore Niépce dari Perancis telah menggunakan sebuah "Camera Obscura" yang mudah alih untuk mengambil foto yang boleh kekal yang pertama di dunia. Cara beliau ialah mendedahkan kepingan timah yang disalut oleh bitumen kepada cahaya. Dengan cara ini, foto tidak pudar begitu mudah dan dapat dikekalkan dengan lebih lama.


Daguerreotype

Pada tahun 1839, Eksperimen oleh Niépce telah menuju kepada kerjasama dengan Louis Daguerre. Daguerreotype merupakan asal bagi pengunaan filem dalam fotografi. Kepingan tembaga yang disalut dengan perak akan didedahkan kepada wap iodin sebelum didedahkan kepada cahaya. Untuk menghasilkan imej ke atas kepingan tersebut, kepingan ini perlu didedahkan kepada cahaya selama 15 minit.


Emulsion Plate
Emulsion Plate, ataupun dikenali sebagai wet plates telah menggantikan penggunaan Daguerreotype kerana lebih murah dan menggunakan masa yang lebih pendek iaitu 2 sampai 3 saat untuk menghasilkan foto. Cara ini banyak digunakan untuk mengambil gambar foto potret dan telah digunakan untuk mengambil gambar semasa peperangan.


Dry Plates
Pada tahun 1870, Richard Maddox telah menguahsuai ciptaan yang lepas. Beliau menggunakan kepingan agar-agar yang dapat melawan Wet plates dengan kecekapan yang lebih kurang sama dari segi kualiti dan masa yang diperlukan. Dry Plates juga menjayakan penghasilan filem yang membantu dalam bidang fotografi.





0 comments:

Post a Comment