Chang Jia Qing

Chang Jia Qing
Unit: S9
Major: Bahasa Cina (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Sony Nex-F3
Powered by Blogger.

Aperture

"Aperture" adalah lubang bukaan cahaya yang membolehkan cahaya untuk masuk ke dalam kamera. Saiz aperture boleh diubah. Apabila saiz "Aperture" kecil, hanya sedikit cahaya boleh masuk ke dalam kamera. Apabila saiz "Aperture" besar, banyak cahaya boleh masuk.


Saiz "Aperture" yang digambarkan sebagai "f-stop". Ini adalah nilai yang menggambarkan saiz lubang "Aperture". Nilai rendah seperti f1.4 atau f2.8; bermaksud "Aperture" terbuka luas, dan membolehkan lebih banyak cahaya untuk masuk. Nilai tinggi seperti f8 atau f11 pula bermaksud "Aperture" yang kecil, dan tidak membenarkan banyak cahaya untuk masuk.


Gambar di atas menunjukkan keadaan lensa semasa f/2.8 dan f/16.

0 comments:

Post a Comment